Wednesday, November 14, 2018

Law Kana Bainana



dan yang ini.. soothing jer dengar

especially time sedih datang melawat rasa

teringat cerita pengorbanan Rasulullah S.A.W dalam perjuangan membawa agama Islam

berapa sangat lah ujian yg kita hadapi



Ibnor Riza - Mimpi Yang Tak Sudah (HQ audio dgn lirik)




tak pernah tau rupanya chorus yg aku hafal dari kecik sampai sekarang.. penyanyi nya nama ibnor riza.. tajuk lagu "mimpi tak sudah"



suka suara penyanyi ini.. suara lelaki..sedap jer dengar kat telinga aku ni

sambil2 terbang balik ke zaman kanak2 ria kat kampung tradisional

dulu2 yg tiada masalah gajet, tenang damai, pepagi sejuk kus2...



Friday, April 20, 2018




once.. a long time ago

there was one person.. 
who was hurt so much by someone 
that she sit on the prayer mat
and cry because of that someone and the pain that was given by that person
.
.
.
.
and the pain still lingers up till today.. sob sob


aku dan dia...

aku dan emak...
\
\
\

dia....


dah lama tak happy nie...

kenapa agaknye yer? rasa dah lama sgt hati tak betul2 gembira... bukanlah hidup dalam kesedihan memanjang..
cuma dah lama tak terasa keterujaan merasa sangat gembira.. hidup terasa hambar..
Actually, banyak berita gembira yang diterima tetapi gembira tu tak meresap pula dalam dada...
kalau dulu bila terasa gembira tidur pon tersenyum.. mmg asyik tersimpul saje pergi mana2 pun, buat apa pun. sekarang ni.. seolah hidup dah tak ada perasaan macam orang lain..
Agaknya ini lah yang dirasa orang yg sedang meniti penghujung usia..
moga iman dan amal bertambah seiring peningkatan waktu di dunia ini.. Aamiin YRA.

Thursday, February 1, 2018

titik perubahan...

tahun 2012.. tahun aku berubah 360 sudut pandang aku terhadap dia
hingga ke hari ini aku masih tertanya2.. sampai bilakah hubungan ini? terlalu banyak onak dan duri.. sakit sekali kaki ingin terus melangkah... tapi dah namanya manusia.. hidup perlu diteruskan. darah yang melecer di sepanjang denai yang diredah ku tinggalkan, sebolehnya ku cuba sembunyikan gelodak jiwa daripada semua yang mengelilingi.
dan sememangnya masih ada air mata yang tumpah.. benar belaka telahanku dulu. sesungguhnya sudah tidak ada lelaki terakhir utukku yang masih wujud. walaupon dalam igauan ku.
bertabahlah.. wahai sekeping hati yg rapuh dek kecederaan lalu.

Friday, November 3, 2017


walau ke mana pun destinasi yang dituju
akan ibu kerdil ini gagahkan kaki kuatkan jiwa
untuk terus setia menemani

Thursday, July 20, 2017

Thursday, March 9, 2017

Bila sudah namanya seorang ibu.. segala putusan yang dibuat pastinya setelah diambil kira tentang anak-anak.
mana mungkin seorang ibu sanggup selfish.. mana mungkin
hati yang terbakar sejak bertahun dulu masih belum padam....
masih membara rasa amarahnya
masih berakar rasa bencinya
hanya kerana anak anak itu dia masih di sini..
acapkali dia ingin melangkah, tetapi kakinya tetap terpasak di sini
tiap kali dia cuba membuka sayapnya, namun matanya seakan melihat anaknya kerinduan.

lalu hampir separuh dekad dia hidup bagai zombi
tiada arah, tiada misi, tiada objektif jangka pendek
5 tahun sudah dia membazirkan hidupnya dalam air mata
dia masih terharap-harap Tuhan akan ketemukan jalan untuknya

Friday, October 4, 2013

ku mohon....

Ya Allah
berikanlah aku kekuatan dan kesabaran
dalam perjalanan menuju Mu
amiiinn

Friday, February 15, 2013

mencari damai hati

di copy-paste dari http://kaseh-ayunis.blogspot.com/2010/11/mencari-kedamaian-hati-di-kala-senja.html

Thursday, October 4, 2012

Alhamdulillah.....

Syukur Ya Allah kerana niatnya untuk ke PhD semakin jelas jalannya..
dan syukur pada Allah.. segala urusan memohon further study dipermudahkan...
" Awak x perlu amik kelas dah ni, CGPA awak pd 3.*** . terus research jer" (Alhamdulillah, jimat cuti tahunan dia which means ada la cuti utk kami sekeluarga pegi beryoya!!)
And his study Insyaallah will commence by this coming Feb (just abt 4 mths away)..
and i hope he will get scholarship so dptla duit yg ada tu digunakan untuk keperluan lain... YaAllah, perkenankanlah doa kami ini..

Friday, February 24, 2012

entahlerr... rasa sayu jer hati ini

sekali air bah sekali pantai berubah, inikan pula pasangan kita... maklumlah usia perkahwinan pun dah sedekad, sementelah kita ni dah gedempol, maka dia fikir hati kita pon segedempol itulah... sebenarnya kan hati kita ni kecik jer, malah semakin kecik..
they changed, externally and internally.. yg physical appearance tu tak de la makcik kisah sgt, dia nak boroi ke, nak botak ke, cuma yg selalu membuatkan hati terkeduh ni tang perlakuan, especially kata2 tu.. kalau 10 tahun dulu dia cakap lembut2 jer ngan kita, tak de bahasa sinis2, haa sekarang ko amik, silap kita tanya sikit pasti seDAS kena..
hati yg tertoreh ni pon mula la rasa nak pergi jauh dari dia, tapi tak boleh kerana komitmen terhadap anak, kalau tak dah lama aku BLAHH!!! ye lah buat apa ditunggu lagi, esok2 pasti ada akan ada lagi, pasti dalam diam akan ada air mata yg jatuh lagi...
sekiranya kemewahan tidak dapat diberikan, cukuplah layanan yg baik diamalkan, tidak perlu seorang suami bergedik2 diluar untuk menghancur leburkan hati isteri, cukup dgn sedikit kata2 kasar yg tidak pernah terucap sebelum ini..
kemana perginya 'akulah lelaki melayu terakhir untukmu' dulu itu???


(image from google) hurm, kalau saya masih cantik
slim spt isteri di atas agaknya suami saya berubah tak ye??

Wednesday, February 1, 2012

ketam nipah gulai kari... teringatnya!!!


sedapnya kalau dapat makan ketam ni lunch nanti...

Yang dlm gambar tu yang masak tahun lepas punya.. ayah tangkap sendiri kat kuala. sedapnya sungguh terasa, penuh telur yg warna oren kt dlmnya, rasa lemak2 gitu. Mak rebuskan dulu pastu baru masukkan dalam kuah gulai kari!! bertambah2 anak sedara, si Anis tu makan. Bila la gamaknya rezeki saya sekali lagi???

Tuesday, January 31, 2012

makan place at a warung kerutup serati .. sedap, murah dan murah


Ini iklan tidak berbayar, model tidak
berbayar dan juga tiada kepentingan
dlm perniagaan warung ini..

Warung ni terletak di tepi jalan antara Jelawat-Bekelam, saya sudah lupa nama kampungnya. Lihatlah muka pelanggan yang puas hati tu :)) masakan pagi sahaja rasanya. Menu bestnya adalah Serati Gulai Kerutup dan Ikan Keli Goreng.. he heh.. Keli Gulai Lemak pun ada tapi saya tak pernah cuba.. Gulai serati tu sentiasa sold out!! kalau tak nak kempunan kena pergi pagi2 lagi.. pukul 10pg memang dah tinggal periuk jer!

Harga yg dikenakan:
Ikan keli goreng (saiz sederhana) - rm2/ekor
nasi gulai kerutup serati - x periksa la pulak
kami makan 3 org baru rm15 tmasuk 2 ekor ikan keli tapau!!

cuti sekolah nanti balik kampung di Kelantan nak pergi lagi.. nak menikmati gulai serati yg dah terpahat di hati!!

Thursday, January 19, 2012

Kenangan Terindah

Sekalung tahniah buat Encik Suami yg berjaya menggenggam Ijazah Master of Eng. nyer pada 2011 yg lepas. he heh makcik baru nak 'blog' kisahnya tahun ni.. lewat betul. Apa2 pun memang En Suami happy sesgt sbb lepas ni isterinya dah kurang modal dah nak kata mengata... (teruk kan mrs wife tu!!). Selepas ini harapnya jalan terbentang luas utk sambung PhD pulak.. dan moga kebahagiaan yg berkekalan ke akhirnya milik kami.. Amin.


Thursday, October 6, 2011

Pelandok Tale in Journal of the Royal Asiatic Society (dated back in 1907)

Tak sangka!!! saya sungguh tidak menyangka.. cerita dongeng kita sebenarnya telah dijurnalkan pada 100 tahun lampau. Hikayat sang kancil yang selalu saya dengar semasa kecil-kecil dulu,
sama ada diceritakan oleh ayah, nenek, Tokku (atuk), cikgu Yazid (masa di sekolah rendah), serta cikgu2 lain, bahkan kakak sepupu saya Kak Wan yg suka berbari,
rupanya telah diterbitkan dalam Journal of the Royal Asiatic Society pada sekitar 1907.. itu sekitar arwah atuk saya masih kanak2.. Bayangkan betapa rajinnya mat2 salleh ini merekodkan kesusteraan orang2 melayu, untuk apa tujuan mereka pun tak dapat saya fikirkan.
di sini saya cut n paste utk tatapan semua..

A Pelandok Tale. #
The story is told that once on a time in the old on days the king of a certain country was out hunting, ho had been out many days and had got nothing. Owing to the noise that was made by all his followers all the animals had run right away. A certain pelandok was also running away.

While he was busy running along glancing to the right and to the left, he came to a certain place where there was a pond, into which he fell. He swam to the west and ho swam to the east look- ing for a place to get up but he could not find one.

While he was in this fix an elephant passed. Now at that time of day there happened to be a very big storm indeed with thunder booming and lightning crackling hither and thither.
When the pelandok saw the elephant, he said to him, " Ho Ka Sang Gajah, are you not afraid that the sky will fall in? Just listen to the noiso, rum rum."
The elephant said, " If the sky is really going to tumble in, I am afraid it may hit me, and if it hits me I shall die."
The elephant then said, " What are you doing down there in that very deep well ? "
The pelandok replied, " Oh I have two reasons for being in this well, first I ran away from this sky that is going to fall in, then secondly I saw very rare game in this well which has never been seen by my grand- fathers, great-grand-fathers, great-groat-grand-fathers or great-great-great-grand-fathers, who were before me."
The elephant then said, " If that is really so, may I also come in and get away from this sky that is on the point of failing in ? May I too see this game ? "
The pelandok said, " If you are frightened and if you want to see this game, come along."

* This tale is by Penghulu Mohamed Noordin bin Jaffa r of Kota 8tia, Lower I'erak. The source is unknown. ft. A. Soc., Xo. 48, 1907. 28


A PELANDOK TALE.

So the elephant tumbled right down into tho woll. After that a tiger came along, on whom the same trick was played. And then a rhinoceros on whom the same trick was played. And then a deer on whom the same trick was played. And then a wild pig on whom the same trick was played.
When they were all inside the well, the pelandok said, 41 Hei, I fooled you that time."

When the tiger heard what the pelandok said he (the tiger) said, " Very good, Salam di Rimba, if over I get out of this well, I will eat you."
While he was saying this the pelandok took a piece of wood and began to tease the elephant.
The elephant said, " Stop that, or I shall kick you." But the pelandok paid no attention and went on teasing.
At last the elephant kicked him right up on to the ground outside, saying, ** Now you aro sure to be killed when struck by the sky."
The pelandok said, " Oh that was merely my cunning. I wanted to get out and could not, so 1 said the sky would fall in,"
Just then the tiger scrambled up to the edge and got away into the jungle, saying as he went " If ever I catch you, I'll eat you."
After that the pelandok went to some people and saidi 44 Hoo ee . . . . gentles and lords, in that well there, there aro many beasts. Elephants, rhinoceroses, pigs and deer have fallen into it. You can go and take them."
After that ho went on his way. The tiger also went on bis, looking for the pelandok, but the pelandok kept on moving.
After two or three days the pelandok came across a very large hornets' nest. Indeed the noise of the hornets could be hoard about twenty?yards away.
He walked on very slowly carrying a leaf with him, and then he sat down near the hornets' nest which he gentle fanned.
A short time aftor he was so seatod the tiger came along and said to him,
4< This time I really will eat you, Salam di Eimba."


A PELANDOK TALE. 29

The pelandok said, " Don't talk of eating me when I have had orders from King Solomon to take care of his gong."
The tiger said, " Is that really King Solomon's gong that you are looking after ? "
The pelandok answered/ 4 Are you deaf ? Listen care- fully.
Does not it sound hy itself? When it is struck its sound is wonderfully sweet. So delicious is it that perhaps if you were to hear it you could neither eat nor sleep."
The tiger said, " Hei Salam di Kimba, may I try and strike it?
I am very anxious to listen to the sound."
The pelandok answered, " Ka Sang Rimau, you are speaking like a madman. You are speaking as if it were my own. Still I don't know. If you very much want to hear it I will go and tell King Solomon. If he allows it, you may strike. But mind you strike it when I say you may, and not before."
The tiger replied, " Very well.''
So the pelandok rushed away. When he got some way off he said, " Ho Ka Sang Rimau, King Solomon commands you to strike."
When the tiger heard that he struck it with his paw. The hornets stung him all over his body. The tiger ran here and there in very great pain. He threw his whole soul into his running.
The tiger said, " Very good. I have not got hold of you yet : but if ever I do meet you, there is not the slightest doubt that I will eat you."
After that the pelandok walked on very hungry and looking for some food. Two or three days later he came across a very large and extremely handsomely striped python. Its coils were just like a very handsomely striped cloth. The pelandok sat down by it. The tiger walked on in a rage looking for the pelandok.
At last he met him and said to him, " This time your doom has overtaken you, Salam di Rimba." The pelandok said, " Don't keep on talking of dooms. Look first. What is this ? Do you know its name ? "
B. A. Hoc., No. 48, 1907.

panjang lagi ceritanya.. saya terjumpa secara kebetulan sahaja, itupun online, bukan dari mana2 perpustakaan. Cuma ada perbezaan lah, kalau 100 tahun lampau dipanggil pelanduk, sekarang ni dipanggil Kancil.. Ho Ka Sang Gajah pada hemat saya sepatutnya berbunyi Ho Kau Sang Gajah.. tapi ini dari kaca mata saya la,mungkin ahli sejarah/sastera lebih mengetahui.. ini web add nya: http://www.archive.org/stream/journalstraitsb00brangoog/journalstraitsb00brangoog_djvu.txt

rajin sungguh mat2 saleh zaman lampau merekodkan cerita dongeng kita ni yer??!! walhal kita ini pula hanya menurunkan cerita ini dari mulut ke mulut.. memang ada buku cerita kanak2 pasal hikayat sang kancil ini ttp saya seperti percaya tak percaya cerita sebegini diterbitkan dalam jurnal oleh mereka.. apa yg mereka fikir pada waktu tersebut? Hmm dan apa pula ye sepatutnya yg kita boleh amik pengajaran??

Friday, September 23, 2011

antara kata hati dan kata nafsu..

Engkau cukup memahami, kata hatiku
tapi kata nafsuku, engkau masih tak cukup memahami
terima kasih kerana menyokongku, kata hatiku
tapi kata nafsu, engkau masih tak kuat menyokongku
....
dan begitulah seterusnya
pastinya hati dan nafsuku tidak seiring pendapat dalam segala hal..
.
.
.
.
hmmm tak tau lah..
harap hatiku yg menang dlm debat tersebut..

Monday, May 30, 2011

tips memilih pasangan- kenali ciri-ciri anda

saya terjumpa pasal ujian psikologi ini baru2 ini... rasa tertarik dan rasanya ok kot saya kongsikan disini..
sebenarnya ianya lebih kpd untuk reference saya dikemudian hari
dan aturan jawapan saya adalah 3, 5, 1, 2, 4... hmmm, patutla saya mudah terasa hati bila sekali sekala encik suami melebihkan 'perempuan lain'... rupanya bukan saya mengada-adakan perasaan 'cemburu' tu... ianya adalah kerana saya meletakkan no 3 yg paling utama.. sebolehnya saya ingin menduduki carta paling atas dlm hal no 3 (boleh ka camtu??!!) - walhal saya yang byk kelemahan dan keburukan ini serta egoistik ini 'does not deserve that' (macam omputih kata).

kalau anda juga berminat ingin mengenali ciri2 anda, boleh cuba ujian kat bawah, yg detailnya dkt laman yg tertera dibawah.. terimakasih in advance kpd empunya laman tersebut krn mengongsikan tips ini

TIPS MEMILIH PASANGAN HIDUP ~ APA YANG HARUS DIUTAMAKAN? dipetik dari laman http://melurjelita.com/?p=7810
Ni bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut?
Ba…ik, saya kongsikan dengan anda.
Soalannya berbunyi begini
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur
2. Air paip melimpah kat bilik air
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup

Friday, April 8, 2011

cerita pepagi jumaat

terbaca di wall facebook seoang rakan ayat lebih kurang cenggini 'wanita itu amat berlebihan dalam membenci dan mencintai, tiada mengenal erti pertengahannya. wanita itu untuk dilindungi bukan disakiti' kpada para suami terutamanya melindungi tu bukan setakat physically tapi mentally sekali.. ok cerita di pagi jumaat adalah: mlm tadi sedang si isteri kat dapor membasuh botol susu tetiba ada sekor tikus melintas alllaaaaaaaa, malas la pulak nk share d story.. lain kali la yer..

ok sambungan nyerr..
si tikus yg ketakutan telah membuatkan si isteri tadi juga ketakutan, maklumla dapur tu sempit, hanya ada satu pintu keluar yg terbuka.. ke ruang tamu, boleh pula mulut si isteri tu control cun, tak terjerit2 cam biasa (sbb takut anak kecik yg lena tidur tu terbangun!!), tp ada juga la suara terketar2 yg keluar!
at last si isteri dpt kekuatan utk melompat ke pintu keluar (ha ha nasib baik tak dipanjatnya singki tu utk selamatkan dari tikus kecik yg ketakutan jugak tu).. kebetulan pula satu famili tidur kat ruang tamu pada mlm tu, so dlm termengah2 kelegaan si isteri terpandang kelopak mata sang suami yg tiba2 terbuka, barangkali sang suami tersedar dek bunyi gedebuk gedabak si isteri tadi.. so dengan suara tersekat2 macam nak nangis si isteri tadi pun cakapla' Pa, ada cik tie kat dapur'. tanpa banyak songeh sang suami bangun dan terus ke dapur, sediakan perangkap tikus dan sekejap jer si tikus tadi masuk perangkap.
Sang suami tahu si isterinya takkan mahu tidur kat ruang tamu kerana si isteri memanglah seorang yang penakut amat dan tinggi pula imaginasinya. Namun bebenornya hati si isteri sangat tersentuh bukan sbb sang suami bangun dari tidornya, bukan sbb pegi tangkap tikus, tetapi sbb sang suami tidak sedikitpun memperkecil2kan ketakutan si isteri tadi pada malam itu, tiada senyum sumbing terukir di mulutnya....

Ya, itulah sang isteri harapkan.. sentiasa memahami dan jgn perkecilkan apa2 kelemahan isteri anda, itu lebih berharga daripada emas permata.. (emas tu berharga jugak, kalau nk bagi byk2 dipersilakan)
nota: tikus tu boleh masuk malam2 ikut lubang kecik pintu dapur, nak tutup betul2 susah pula sbb ada paip mesin basuh kat situ..

Monday, October 18, 2010

cerita tentang konvo

pada pagi konvo tanggal 12.10.2010.
sukerr sgt pic ni.. satu2nya rakaman nurin tgh 'jebek'.. macam tau jer dia umi nak tinggalkan dia untuk separuh hari!!! macam lama sgt. kata abang najwan pula lucu betul nurin jebek umi tutup mata..


ahha.. di depan dewan besar yg penuh nostalgia!!! I was here since 1993... it's nearly 2 decades!!! adakah akan ada PhD selepas ini?? dan disinikah juga akan menggayakan topi beret tu??? Hanya Dia yg Maha Tahu!!



dekat kedai gambar.. si kecik yg kebosanan tgh tunggu nak amik gambar studio.. murah jugakla..RM60 utk package 8R(1 kpg) dan 4R(3 kpg) + free frame warna emas 8R beserta CD.

dan abang yg asyik mengamuk dari pagi sampai ke petang!!! nak bawa masuk dewan camner? awak tu under 12 years old!!!

Monday, August 16, 2010

this is it... final step to GRADUATION

Assalamualaikum.../ Good Evening,

1. I would like to inform you that the University Senate in its meeting on 12 August 2010 has agreed to award you with the degree of Master of Science/ Master of Arts/ Master of Veterinary Science (with thesis).


Congratulations!!


2. Title of your thesis has been checked by the Committee of Graduate Studies and approved by the Senate.


IT IS COMPULSORY FOR YOU TO FOLLOW THE NEW TITLE THAT HAS BEEN APPROVED BY SENATE . - please refer your portal.

3. For the next steps:

a) Please reply this email by attach the soft copy of your “Approval sheet” in your thesis (The one that state Deputy Dean of Graduate Studies name).


PLEASE COMPLETE ALL THE EXAMINER NAME.

b) Please complete your footer with page number.

c) I will edit your “Approval sheet” and send it to Deputy Dean for his signature


Thank You



xxxxxx xx xxxxxxx
Thesis Division
School of Graduate Studies
xxxx x xxxx xxxxxxxx
Universiti xxxx xxxxxxxxxx
xxxxx xxxxx
Selangor
xxxx xxxxxx (Office)
xxx xxxxxxxx(Fax)


i've done the ammendments accordingly.. and managed to finish it bfore nurin woke up from her less an hour morning sleep.. yihaa!!!!!!!!!
why I'm soooo excited about this??? thats bcoz I've been working on it for about 10 years!! ten years of carrying a big heavy burden on my shoulder! others just took maximum of 3 years to do it, but me?? not bcoz of i'm not as intelligent as they are (as one of my co-supervisors said.. just i don't know where i went wrong!!
And i remembered my coursemates awed at my decision on furthering my study back then... they just can't believe it. I was sort of 'now u see, now u do'nt' student in classes. fortunately, back in my degree years, attendance was not taken into account to graduate or passing mark for ur paper.
okey dokey!! so what after this??? i want to take care of my youngest first.. till she can attend nursery centre.. which means i've to wait for almost 3 years long!! then sapa nak amik i jd staff diorang? dahtua2 camni ada lagi ka org nak??

Friday, November 6, 2009

colet perut .... yg sedap...

he heh, kalau nengok gambar citernya pasal besday anak buah suami.. tp sebenornya kat sini chek nk ceghito psl yg dok dlm mangkuk kaca tu.. Ccolek Perut yg sedap yg pernah aku jumpa (dah yg itu jer yg dok beli selama nie). biasalah sebut ccolek misti ni makanan ore klate.. selain perut lembu yg dihiris, ada gak paru sikit2 dan togeh, timun, keropok keping and satu bahan tu macam cekodok plain (yg dlm rojak mee tu kdg ada gak jumpa).. dan sos (ccolek)nya yg masam manis sikit pedas (so bbudak boleh makan).
Aku selalunya x mkn yg perut dan paru tu, tp lebih suka timun, togeh, keropok and cekodok tu... makan ngan ayam KFC pun sodap!!!
ccolek ni dulu kedai kat pasar T. Merah, tapi sekarang dah pindah kat Taman Barakah ker apa tah nama taman tu, yg dekat ngan tapak pasar tani, masih lg area bandar TM. Cuma nak pesan, kalu bulan pose mmg ramai customer, and perut dia pun ciput jer.. kalau nak puas mkn beli time bkn bulan pose... sure puas ati.
aku tgh mengidam nie.. tulis pulak psl mknan yg x de area selangor... ishh..

Sunday, August 23, 2009

Pulut "Semangat" Berkhatan


Pulut Semangat @ Kuning sempena anak bujang aku bersunat pd bulan Julai lepas... kalau nak ikut semua tatacara keluarga aku bila anak lelaki bersunat memang tak terikut lah.. So aku amik mana2 yg simple ajer (he heh.. suka2 ati aku jer..). Lagi pun Bonda aku approved tu.. kira ok la.. actually aku nak juga kena jaga hati hubby cz dia dulu sempoi jer sunat..

sepatutnya (ikut resam keluarga Bonda) kain kuning 'pinang' dijadikan langit2 dan alas bawah semasa proses sunat anakku tapi oleh kerana aku tak ada kain tu aku hentam jer towel kuning, amik syarat.. tapi tu pun lepas dah sunat.. Masa sunat tu memang semua warna putih jer la.. cz wat kat hospital...



tengah rendam b4 kukus 2 kali
dah siap hias... ngan bunga telur lagi!!!

Thursday, July 2, 2009

Royal Doulton dapat free



Actually ini posting yg dah tertangguh dah dekat 2 tahun... Set sudu sup ni x-classmate yg hadiahkan. TERIMA KASIH BERJUTA En H sekuarga (Norwich, UK) yea. sukanyer hati bila dapat parcel dari oversea ni (ye la 1st time terima parcel, dr oversea plak tu, kembang semankuk idung ni). belum guna lagi, biarla bagi puas dulu nengok dlm kotak, cantik ssangat packing tu, sayang pulak nak buka.


masa belek2 majalah dapur Impiana edisi Jul-Sept 09, terbaca pasal penyediaan di meja makan... rupanya Royal Doulton ni antara jenama yg popular sejak kurun ke 18 seangkatan ngan Spode, Wedgewood dan Burleigh... baru mokcik tau (b4 thisyg mokcik tau corelle, corningware jerk!!!he he..). Dan kat bawah ni adalah ekspresi wajah suker ati aku, dijelmakan oleh anak bujang yg sorang tu....


amboi2... dia pulak yg lebih2

Monday, March 23, 2009

resepi simple pancake n tat jem

my first trial wat pancake... bolehlah rasanya.. untuk breakfast pd pg sabtu... next time kalau nak wat lg bley refer kat sini, siap ngan ghupernya sekali..resepi asal dpt kat Peti Besi Resepi.net... namanya Good Old Fashion Pancake, details ada kat sana.
ini versi yg aku wat ari tuh, based on apa yg ada kat dapur

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 sdteh baking powder
2 sdbesar gula
1 3/4 cawan susu Ideal (batter saya jadi pekat skett, so pancake nnt jd tembam skett)
1 telur gred A
3 sdb mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla

Cara
Ayak tepung, baking powder.
Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati dan saya blend ngan blender, kejap jer.
Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.



tat Jem

belah petang pulak, sambil melayan hero kecikku yg sorang tu, wat tat jem.. kali ni cuba resepi dari dapur En. Mat Gebu... memang senang jerk buatnya. Aku rajin masak weekend kali ni sbb hubby x de kt umah, dia dr pagi meeting kat Kak Mah Nasi Dagang Pintu 1 putrajaya ngan schoolmates dia, pastu sambung petang kat Kopitiam Bangi, maklum byk isu semasa perlu di'sah'kan ngan kkawan yg lama dah x jumpa tu. ok, back to the masak2, aku guna jem yg aku modified sdiri sebelum ni: aku blend apple, dragonfruit (yg x abis dan nk kecut dlm fridge), then add in gula pasir (agak2 manis) and kacau atas api sederhana sampai air buah tu kering, warna memang x cantik, pastu aku tambah mixed fruit jem yg beli kt kedai, parutan kulit lemon sesudu teh, pas tu pwarna merah.. then okla cantik gak la at last jadinyer.


ni resepi nya: thanks kpd penyumbang resepi (details kat bluetiffin blogspot.com)

Biskut jem stoberi
BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g mentega
100 g margerine
2 kuning telur
80 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
Tepung gandum secukupnya
Jem strawberry secukupnya (aku guna jem modified sdiri)



CARA MEMBUATNYA :-)
Pukul mentega, margerine, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung kastard, gaul rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Rehat kan doh 15 minit. Kalau nak buat tat gulung, buat adunan lembut sedikit.
Canai dan terap menggunakan acuan tat (kalau rajin boleh sepit keliling dia, tapi guna acuan tat jenis plain). Buat hingga siap dan letak jem strawberry yang telah digentel. Letak sedikit doh atas jem sebagai hiasan. Buat hingga habis. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...






sebelum masuk oven.. aku hentam atas tudung periuk aje... dah baking tray x cukup. isk..isk


selepas masuk oven... dihidang ngan baked macaroni... alahai, Western pulak minum ptg kali itu...

Sunday, October 26, 2008

Saguhati Jurnal: RM300.00


Inilah jumlah yg aku dapat untuk satu Jurnal Ilmiah yg aku tulis hasil pengajian Master Sains aku... Aku tak minta pun, tapi dah supervisor aku nak bagi aku pun terima ajela.. rezeki x leh ditolak!!!

kandungan penuh jurnal tu kena masuk ScienceDirect webpage n search rice bran and sulaiman, nanti kuar ler paper aku tu, aku tak leh letak kat sini... x reti lg nak upload pdf.

Cuma aku tak tahu bila ler aku akan GRAD ni... dah jenuh dah dok nunggu dan dok byr fee, sengkek juga ler... ciann hubby aku larr...

Thursday, July 3, 2008

4 generasi di kota 'london'


anak sulongku dimana uminya anak sulong kepada bondaku dimana bondaku adalah kakak sulong kepada anak2 nenekku...

puding caramel coklat

puding ni senang di buat, perlukan kukusan jer... resepi dari kak hanielieza FP.

PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT
Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula 3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula 3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

Cara 1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan. 2. Panaskan periuk kukusan 3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. 4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak. 5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A. 6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. 7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan 8. Potong dan hidangkan.






baru jer masak!!! dalam kukusan lagi...










Bila di terbalikkan.... ni ler dia, hasilnya... Puding Caramel Lapis Chocolatey Aku

old recepi... acar masak putik pisang

dulu2 selalu dapat makan acar ni, kalau nenek tak buat, ada jer makcik kg yg buat jual.. selalunya dia menjaja dari rumah ke rumah, bonda aku suka jugak beli, tapi dia akan tanya gak aku nak makan tak acar pisang... tapi kalau aku kata x nak pun dia beli gak;-))

actually, aku pun tak reti lg masak acar ni... proportion bhn2 tu yg masalah.. ni foto yg aku amik masa nenek dan bonda buat 'show' cuti sekolah ari tu...




mula2 tumis bawang putih + b merah +
cili kering + halia sampai wangi dan garing...









pas tu tambah putik pisang yg dah siap celur dan dikelar2 nipis
dan santan, biar gelegak, masukkan cuka garam dan gula. rasanya nanti masam manis dan pedas..

Wednesday, April 30, 2008

cikgu favorite...


masa form 5.... ni ler dia cikgu favourite kitorang.. Cikgu G, mostly bebudak suka cikgu ni sebab dia ajar subjek Biologi sangat best...aku rela tak makan sarapan pada hari ada kelas Biologi (menu dia nasi lemak... ) takut ngantuk tak leh buka mata, rugi!!! Cikgu G ni pandai buat lawak, dan pandai selitkan nasihat untuk kitorang...
dan kawan2 satu batch, duduk dari kanan (Ijang; cikgu sek teknik, Silarr; pharmacist KKM, aku lupa nama dia ni tp rasanya lecturer PoliSAS, Zawani; lost contact.
berdiri dari kanan: Zizzy Yuliana minah sarawak; lost contact, Haswani; MAMPU P.jaya, Aku ler tu; tanam anggur etc, Cikgu G, Eli, Datin Nik Rosmawati,Nisah; medic Dr., Niha; Lawyer, Mija; UIA lecturer n Siah; Dentist...
dear friends, if u all happen to read this, pls do leave your comments... i'll be very happy

Intro....


Blog ni aku nak tulis pasal kenangan aku... yang manis masam pahit lepang dari aku kecik hingga larr aku dewasa masuk 'U' (ye ker aku dah dewasa??? rasanya perangai dok cenggitu cam zaman sekolah gark!!!)

anyway, ni gambo aku masa umur 3@4 tahun kott... x leh nak recall, tp yg pastinya bawah 5 tahun sbb aku sorang jer masa tu, adik aku lahir masa aku 5 tahun... cute gak aku dulu2.. tapi anak aku lagi cute he heh...
masa ni area tahun akhir 70-an, gambar pun memang dalam black n white, tapi dek kerana lama tersimpan, dah dekat 30 tahun kott... so dah jadi macam kelabu putih samar dah... background pokok keladi pinang (as widely known to Kelantanese) and pokok pisang (dah tak ingat pokok pisang apa dah, tapi kat kampung aku dulu mostly nenek2 dan makcik2 tanam pokok pisang kapas.. yg sesuai buat kuih cekodok pisang tu... actually aku posing kat depan umah jiran dengan bonda yg masa tu umurnya awal 20-an (aku??? dapat anak umur 28 tahun), dulu2 mana nak mampu kamera sendiri, ni kira bertuah sebab ada photographer yg datang buat tour kt kampung kami (tapi berbayar ler), so boleh la abadikan kenangan... sekarang tempat ni dah jadi tapak umah orang dah.. dan aku dan keluarga dah lama pindah dari kampung nenek (belah ayah) ni...