terbaca di wall facebook seoang rakan ayat lebih kurang cenggini 'wanita itu amat berlebihan dalam membenci dan mencintai, tiada mengenal erti pertengahannya. wanita itu untuk dilindungi bukan disakiti' kpada para suami terutamanya melindungi tu bukan setakat physically tapi mentally sekali.. ok cerita di pagi jumaat adalah: mlm tadi sedang si isteri kat dapor membasuh botol susu tetiba ada sekor tikus melintas alllaaaaaaaa, malas la pulak nk share d story.. lain kali la yer..
ok sambungan nyerr..
si tikus yg ketakutan telah membuatkan si isteri tadi juga ketakutan, maklumla dapur tu sempit, hanya ada satu pintu keluar yg terbuka.. ke ruang tamu, boleh pula mulut si isteri tu control cun, tak terjerit2 cam biasa (sbb takut anak kecik yg lena tidur tu terbangun!!), tp ada juga la suara terketar2 yg keluar!
at last si isteri dpt kekuatan utk melompat ke pintu keluar (ha ha nasib baik tak dipanjatnya singki tu utk selamatkan dari tikus kecik yg ketakutan jugak tu).. kebetulan pula satu famili tidur kat ruang tamu pada mlm tu, so dlm termengah2 kelegaan si isteri terpandang kelopak mata sang suami yg tiba2 terbuka, barangkali sang suami tersedar dek bunyi gedebuk gedabak si isteri tadi.. so dengan suara tersekat2 macam nak nangis si isteri tadi pun cakapla' Pa, ada cik tie kat dapur'. tanpa banyak songeh sang suami bangun dan terus ke dapur, sediakan perangkap tikus dan sekejap jer si tikus tadi masuk perangkap.
Sang suami tahu si isterinya takkan mahu tidur kat ruang tamu kerana si isteri memanglah seorang yang penakut amat dan tinggi pula imaginasinya. Namun bebenornya hati si isteri sangat tersentuh bukan sbb sang suami bangun dari tidornya, bukan sbb pegi tangkap tikus, tetapi sbb sang suami tidak sedikitpun memperkecil2kan ketakutan si isteri tadi pada malam itu, tiada senyum sumbing terukir di mulutnya....
Ya, itulah sang isteri harapkan.. sentiasa memahami dan jgn perkecilkan apa2 kelemahan isteri anda, itu lebih berharga daripada emas permata.. (emas tu berharga jugak, kalau nk bagi byk2 dipersilakan)
nota: tikus tu boleh masuk malam2 ikut lubang kecik pintu dapur, nak tutup betul2 susah pula sbb ada paip mesin basuh kat situ..
Friday, April 8, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)