Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Monday, March 23, 2009

resepi simple pancake n tat jem

my first trial wat pancake... bolehlah rasanya.. untuk breakfast pd pg sabtu... next time kalau nak wat lg bley refer kat sini, siap ngan ghupernya sekali..resepi asal dpt kat Peti Besi Resepi.net... namanya Good Old Fashion Pancake, details ada kat sana.
ini versi yg aku wat ari tuh, based on apa yg ada kat dapur

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung
3 sdteh baking powder
2 sdbesar gula
1 3/4 cawan susu Ideal (batter saya jadi pekat skett, so pancake nnt jd tembam skett)
1 telur gred A
3 sdb mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla

Cara
Ayak tepung, baking powder.
Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati dan saya blend ngan blender, kejap jer.
Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.



tat Jem

belah petang pulak, sambil melayan hero kecikku yg sorang tu, wat tat jem.. kali ni cuba resepi dari dapur En. Mat Gebu... memang senang jerk buatnya. Aku rajin masak weekend kali ni sbb hubby x de kt umah, dia dr pagi meeting kat Kak Mah Nasi Dagang Pintu 1 putrajaya ngan schoolmates dia, pastu sambung petang kat Kopitiam Bangi, maklum byk isu semasa perlu di'sah'kan ngan kkawan yg lama dah x jumpa tu. ok, back to the masak2, aku guna jem yg aku modified sdiri sebelum ni: aku blend apple, dragonfruit (yg x abis dan nk kecut dlm fridge), then add in gula pasir (agak2 manis) and kacau atas api sederhana sampai air buah tu kering, warna memang x cantik, pastu aku tambah mixed fruit jem yg beli kt kedai, parutan kulit lemon sesudu teh, pas tu pwarna merah.. then okla cantik gak la at last jadinyer.


ni resepi nya: thanks kpd penyumbang resepi (details kat bluetiffin blogspot.com)

Biskut jem stoberi
BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g mentega
100 g margerine
2 kuning telur
80 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
Tepung gandum secukupnya
Jem strawberry secukupnya (aku guna jem modified sdiri)



CARA MEMBUATNYA :-)
Pukul mentega, margerine, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung kastard, gaul rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Rehat kan doh 15 minit. Kalau nak buat tat gulung, buat adunan lembut sedikit.
Canai dan terap menggunakan acuan tat (kalau rajin boleh sepit keliling dia, tapi guna acuan tat jenis plain). Buat hingga siap dan letak jem strawberry yang telah digentel. Letak sedikit doh atas jem sebagai hiasan. Buat hingga habis. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...






sebelum masuk oven.. aku hentam atas tudung periuk aje... dah baking tray x cukup. isk..isk


selepas masuk oven... dihidang ngan baked macaroni... alahai, Western pulak minum ptg kali itu...

Thursday, July 3, 2008

puding caramel coklat

puding ni senang di buat, perlukan kukusan jer... resepi dari kak hanielieza FP.

PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT
Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula 3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula 3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

Cara 1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan. 2. Panaskan periuk kukusan 3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. 4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak. 5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A. 6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. 7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan 8. Potong dan hidangkan.






baru jer masak!!! dalam kukusan lagi...










Bila di terbalikkan.... ni ler dia, hasilnya... Puding Caramel Lapis Chocolatey Aku

old recepi... acar masak putik pisang

dulu2 selalu dapat makan acar ni, kalau nenek tak buat, ada jer makcik kg yg buat jual.. selalunya dia menjaja dari rumah ke rumah, bonda aku suka jugak beli, tapi dia akan tanya gak aku nak makan tak acar pisang... tapi kalau aku kata x nak pun dia beli gak;-))

actually, aku pun tak reti lg masak acar ni... proportion bhn2 tu yg masalah.. ni foto yg aku amik masa nenek dan bonda buat 'show' cuti sekolah ari tu...




mula2 tumis bawang putih + b merah +
cili kering + halia sampai wangi dan garing...









pas tu tambah putik pisang yg dah siap celur dan dikelar2 nipis
dan santan, biar gelegak, masukkan cuka garam dan gula. rasanya nanti masam manis dan pedas..