Bila sudah namanya seorang ibu.. segala putusan yang dibuat pastinya setelah diambil kira tentang anak-anak.
mana mungkin seorang ibu sanggup selfish.. mana mungkin
hati yang terbakar sejak bertahun dulu masih belum padam....
masih membara rasa amarahnya
masih berakar rasa bencinya
hanya kerana anak anak itu dia masih di sini..
acapkali dia ingin melangkah, tetapi kakinya tetap terpasak di sini
tiap kali dia cuba membuka sayapnya, namun matanya seakan melihat anaknya kerinduan.
lalu hampir separuh dekad dia hidup bagai zombi
tiada arah, tiada misi, tiada objektif jangka pendek
5 tahun sudah dia membazirkan hidupnya dalam air mata
dia masih terharap-harap Tuhan akan ketemukan jalan untuknya
Thursday, March 9, 2017
Subscribe to:
Comments (Atom)