
Ini iklan tidak berbayar, model tidak
berbayar dan juga tiada kepentingan
dlm perniagaan warung ini..
Warung ni terletak di tepi jalan antara Jelawat-Bekelam, saya sudah lupa nama kampungnya. Lihatlah muka pelanggan yang puas hati tu :)) masakan pagi sahaja rasanya. Menu bestnya adalah Serati Gulai Kerutup dan Ikan Keli Goreng.. he heh.. Keli Gulai Lemak pun ada tapi saya tak pernah cuba.. Gulai serati tu sentiasa sold out!! kalau tak nak kempunan kena pergi pagi2 lagi.. pukul 10pg memang dah tinggal periuk jer!
Harga yg dikenakan:
Ikan keli goreng (saiz sederhana) - rm2/ekor
nasi gulai kerutup serati - x periksa la pulak
kami makan 3 org baru rm15 tmasuk 2 ekor ikan keli tapau!!
cuti sekolah nanti balik kampung di Kelantan nak pergi lagi.. nak menikmati gulai serati yg dah terpahat di hati!!