Blog ni aku nak tulis pasal kenangan aku... yang manis masam pahit lepang dari aku kecik hingga larr aku dewasa masuk 'U' (ye ker aku dah dewasa??? rasanya perangai dok cenggitu cam zaman sekolah gark!!!)
anyway, ni gambo aku masa umur 3@4 tahun kott... x leh nak recall, tp yg pastinya bawah 5 tahun sbb aku sorang jer masa tu, adik aku lahir masa aku 5 tahun... cute gak aku dulu2.. tapi anak aku lagi cute he heh...
masa ni area tahun akhir 70-an, gambar pun memang dalam black n white, tapi dek kerana lama tersimpan, dah dekat 30 tahun kott... so dah jadi macam kelabu putih samar dah... background pokok keladi pinang (as widely known to Kelantanese) and pokok pisang (dah tak ingat pokok pisang apa dah, tapi kat kampung aku dulu mostly nenek2 dan makcik2 tanam pokok pisang kapas.. yg sesuai buat kuih cekodok pisang tu... actually aku posing kat depan umah jiran dengan bonda yg masa tu umurnya awal 20-an (aku??? dapat anak umur 28 tahun), dulu2 mana nak mampu kamera sendiri, ni kira bertuah sebab ada photographer yg datang buat tour kt kampung kami (tapi berbayar ler), so boleh la abadikan kenangan... sekarang tempat ni dah jadi tapak umah orang dah.. dan aku dan keluarga dah lama pindah dari kampung nenek (belah ayah) ni...
No comments:
Post a Comment